Blog

NAK BINA RUMAH, KESILAPAN TERBESAR RAMAI ORANG…!

kesilapan terbesar


Dilema yang dilalui bagi kebanyakkan orang yang 1st time ingin membina rumah ialah tak tahu nak buat apa & nak mula dari mana…

Betul tak…?

Anda dah ada sebidang tanah. Samada anda membelinya, tanah pemberian keluarga atau tanah pusaka.

Kemudian apa langkah seterusnya…?

Bila tak tahu nak buat apa, ramai yang telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit wang simpanan & masa berharga anda…

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakkan orang yang ingin membina rumah ialah terus menghubungi kontraktor bagi membina rumah mereka. Memang tidak dapat dinafikan, kontraktor merupakan PAKAR dalam ‘MEMBINA RUMAH’.


Namun, ada perkara PALING PENTING yang kontraktor perlukan sebelum dapat membina rumah anda.

Ramai orang terutamanya di kawasan luar bandar memandang mudah tentang perkara PALING PENTING ini.

Akan tetapi disinilah bermulanya segala masalah dalam membina rumah dikemudian hari.

# Masalah kos melebihi bajet bermula disini…
# Masalah perselisihan antara tuan rumah & kontraktor bermula disini…
# Masalah terlebih membeli bahan binaan bermula disini…
# Masalah terlebih masa pembinaan bermula disini…
# Masalah rumah tak cantik bermula disini…
# Masalah ruang tak selesa bermula disini…
Dan lain-lain lagi…


Nak tahu apa perkara PALING PENTING ini??

Perkara PALING PENTING ini tidak lain & tidak bukan ialah memiliki pelan rumah yang lengkap.

Ramai yang tersalah anggap, hanya rumah yang akan dibina di kawasan bandar sahaja yang memerlukan pelan rumah yang lengkap kerana perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Akan tetapi, realitinya membina rumah di kawasan kampung juga memerlukan pelan rumah yang lengkap agar masalah diatas dapat dielakkan.


Kontraktor tidak mungkin dapat membina rumah idaman anda dengan sempurna tanpa pelan rumah yang lengkap.


Bajet juga tidak dapat dikira dengan teliti tanpa pelan rumah yang lengkap. Pengiraan kuantiti bahan juga akan bermasalah tanpa panduan yang terdapat pada pelan rumah. Dan seterusnya, perjanjian antara tuan rumah dengan kontraktor juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna tanpa pelan rumah yang lengkap.


Jadi anda memerlukan pelan rumah sebelum anda menghubungi kontraktor.

Paling kurang, anda perlu ada lakaran pelan lantai, pandangan sisi & sekurang-kurangnya 1 pandangan 3d luaran.

Banyak masalah yang anda dapat elakkan…


Memang tidak dapat dinafikan, pada masa sekarang ada kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam MEREKABENTUK
& MEMBINA RUMAH. Mereka dikenali sebagai ‘Design & Build Kontraktor’.

Namun masih ramai yang tiada pengetahuan langsung dalam merekabentuk rumah kerana ianya bukan kepakaran mereka.

Bidang kepakaran kontraktor ialah membina rumah berdasarkan pelan rumah yang telah disediakan dan bukannya merekabentuk rumah & menyediakan pelan rumah yang lengkap.

Kebiasaannya, dalam sesebuah projek yang besar, kontraktor merupakan pihak yang terakhir yang akan melibatkan diri.

Persoalannya, kenapa dalam projek membina rumah persendirian, kontraktor merupakan pihak yang pertama sekali dihubungi oleh kebanyakkan orang..?

Sebabnya tak lain tak bukan ialah kerana kurangnya pengetahuan tentang turutan perkara yang sepatutnya dilakukan.


Anda nak tahu siapa yang terawal yang anda perlukan dalam sesebuah projek pembinaan bangunan?

Jawapannya ialah anda perlukan seorang ‘arkitek’.

Arkitek merupakan pihak yang bertanggungjawab menukarkan keinginan & keperluan pelanggan kepada lukisan rekabentuk
bangunan. Dalam erti kata lain, arkitek merupakan pakar yang dapat membantu anda merekabentuk rumah idaman anda
berdasarkan keperluan anda & keluarga serta sesuai dengan bajet & konsep yang anda inginkan.

Perlu diingat, pelan yang berbeza akan membentuk rekabentuk keseluruhan yang berbeza & akan mengakibatkan kos pembinaan yang berbeza.

Banyak rumah yang dibina dikampung hanya mempunyai pelan lantai sahaja. Sudah pasti akan berlaku konflik antara tuan rumah & kontraktor apabila ingin membina tingkap & bumbung nanti.

Lebih malang lagi, rumah yang dibina tidak akan menjadi seperti yang diinginkan & pindaan perlu dibuat bagi mengatasinya.

Akhirnya, kos pembinaan pasti meningkat.

Daripada lukisan yang arkitek sediakan ini, barulah jurutera sivil & struktur (C&S) menggunakan kepakaran mereka untuk menyediakan lukisan struktur seperti lukisan rasuk & tiang, pelan kerja tanah, pelan parit & jalan & sebagainya.

Pada masa yang sama, berdasarkan lukisan yang arkitek sediakan ini, jurutera mekanikal & elektrikal (M&E) juga akan
melakukan tugas mereka menyediakan lukisan mekanikal & elektrikal.

Kemudian, jurukur bahan (QS) pula berperanan membuat pengiraan kos pembinaan. Jika kos melebihi bajet pelanggan, arkitek akan membuat pindaan pada design agar kos tidak melebihi bajet. Jurutera C&S serta M&E juga turut melakukan perkara yang sama.

Proses ini akan berterusan sehingga design & kos dipersetujui atau sesuai dengan bajet pelanggan.

Kemudian, barulah urusan mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau ‘submission’ dilakukan.
Perlu diingat, jika design tidak selari dengan bajet yang ada, elakkan daripada membuat ‘submission’ terlebih dahulu
kerana ianya akan merugikan masa, tenaga & duit anda.

Setelah mendapat kelulusan daripada PBT atau dalam proses mendapatkan kelulusan, barulah kontraktor akan dilibatkan
dalam projek pembinaan bangunan.

Biasanya, kos pembinaan yang diberikan oleh kontraktor tidak lari jauh daripada anggaran kos awal yang disediakan oleh QS kerana keluasan & design dibuat berdasarkan bajet yang pelanggan ada.

Anda juga boleh menolak kontraktor yang memberikan kos tidak masuk akal samada terlampau tinggi atau terlampau rendah.

Kemudian bagi yang ingin mendapatkan pinjaman daripada pihak bank, bolehlah menggunakan surat kelulusan daripada PBT ini untuk tujuan mendapatkan pinjaman tersebut.


2 SEBAB UTAMA KENAPA MENCARI KONTRAKTOR DI PERINGKAT AWAL MERUPAKAN KESILAPAN TERBESAR YANG PERLU DIELAKKAN..!


1. SEBAB NO # 1
Merekabentuk rumah bukan kepakaran kebanyakkan kontraktor.

Perlu diingat, pelan lantai yang berbeza akan membentuk rekabentuk keseluruhan yang berbeza & seterusnya akan mengakibatkan kos pembinaan yang berbeza.

Apabila design tidak selari dengan keperluan keluarga anda & bajet anda, banyak masalah BESAR yang bakal berlaku semasa proses pembinaan nanti yang akan mengakibatkan anda kerugian ribuan ringgit wang anda & masa berharga anda.

Anda juga mungkin tidak akan mendapat rumah seperti design yang anda inginkan.


2. SEBAB NO # 2
Kos pembinaan akan dikawal sepenuhnya oleh kontraktor yang anda lantik.

Kos pembinaan biasanya berkadaran dengan luas pelan lantai.

Jika kos pembinaan semasa di tempat anda adalah RM 150 per kaki persegi, anda sepatutnya akan mendapat rumah dengan keluasan 1000 kaki persegi dengan bajet RM 150 000.

Tapi ada ramai kontraktor yang akan mengecilkan keluasan pelan lantai bagi mendapat untung yang lebih.

Sepatutnya, jika anda telah mempunyai lakaran design awal, anda boleh memberikan lakaran design tersebut kepada beberapa kontraktor bagi mendapatkan sebut harga. Dengan kaedah ini, barulah anda mendapat kos yang tepat. Jangan terkejut dengan hasil yang bakal anda perolehi nanti.


ADAKAH ANDA NAK BINA RUMAH TAPI MASIH TIADA DESIGN??


Dapatkan e-book TERKINI & TERBESAR 500 KOLEKSI DESIGN RUMAH IDAMAN yang direka khusus oleh design arkitek terpilih sesuai dengan iklim di Malaysia bagi membantu anda membuat keputusan awal.

Jangan tunggu lagi. Sila klik laju-laju pada link di atas…

Kami bersedia membantu anda..

Amri Daud….