Tingkap merupakan keperluan asas yang perlu ada pada setiap ruang dalam sesebuah reka bentuk rumah.
Tingkap mempunyai pelbagai fungsi bagi memenuhi keperluan kita sebagai penghuni termasuklah membenarkan cahaya masuk ke dalam ruang, untuk pengudaraan serta berfungsi memberikan ‘view’ ke luar rumah.
Reka bentuk tingkap yang baik bakal memberikan kesan psikologi yang baik kepada penghuni.
Saiz dan kedudukan tingkap memberikan peranan yang besar dalam mewujudkan ‘mood’ yang khusus dalam sesuatu ruang.
Ada tingkap yang di reka bentuk sekadar untuk membawa masuk cahaya dan pengudaraan sahaja ke dalam ruang tetapi menghalang ‘view’ ke luar.
Tingkap ini direka bentuk sedemikian salah satunya bertujuan untuk mengekalkan elemen ‘privacy’ dalam ruang tersebut.
Ada pula tingkap yang di reka bentuk sekadar membawa masuk cahaya dan ‘view’ sahaja tetapi tidak membenarkan pengudaraan berlaku.
Ada tingkap yang di letakkan di posisi yang lebih tinggi dari aras mata untuk menghalang pemandangan ke luar dan ke dalam ruang.
Walau apapun tujuannya, reka bentuk tingkap perlu memenuhi keperluan ‘Undang-undang Bangunan Seragam 1984’ sebagaimana berikut:
“39. Natural lighting and ventilation
(1) Every room designed, adapted or used for residential, business or other purposes except hospitals and school shall be provided with natural lighting and natural ventilation by means of one or more windows having a total area of not less than 10% of the clear floor area of such room and shall have openings capable of allowing a free uninterrupted passage of air of not less than 5% of such floor area”
Luas minimum tingkap dalam sesuatu ruang perlulah berkeluasan sekurang-kurangnya 10% daripada luas lantai bagi tujuan pencahayaan dan 5% daripada luas lantai bagi tujuan pengudaraan.
“Jadi, jangan buat bilik tidur tanpa sebarang tingkap ya…bilik setor takpe…!”