DESIGN RUMAH C1-15 (3 bilik / 1 bilik air – 56′ x 38′ – 1512 kaki persegi)

    Pelan Lantai Design Rumah C115


    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH C115

    • Saiz Tanah Minimum Yang Diperlukan : 76 kaki (Lebar) x 68 kaki (Panjang)- “setelah mengambilkira anjakan bangunan 10 kaki di kiri, kanan, belakang & 20 kaki di hadapan”
    • Bukaan/Luas Tapak : 56 kaki (Lebar) x 38 kaki (Panjang)
    • Kategori : Rumah banglo 1 tingkat
    • Bilangan Bilik: 3 Bilik
    • Bilangan Bilik Air: 1 Bilik Air
    • Tempat Letak Kereta (TLK) : 2 TLK berbumbung
    • Keluasan Pelan Rumah : 1061 kp (Luas Ruang Berdinding) + 451 kp (Luas Anjung Berbumbung) = 1512 kp (Luas Keseluruhan)
    • Ruang Dalaman Yang Disediakan (1061 kp) : Ruang Tamu, Ruang TV, Ruang Makan, Ruang Dapur, Ruang Basuh, Bilik Setor, Bilik Tidur 1-3 & Bilik Air 1
    • Ruang Anjung Berbumbung Yang Disediakan (451 kp) : Anjung Kereta & Foyer

    Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C115 direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 75 kaki lebar x 67 kaki panjang. Luas keseluruhan pelan lantai C115 ini ialah 140.46 meter persegi atau bersamaan 1512 kaki persegi.

    Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 1 bilik air, Rekabentuk Rumah C115 ini amat sesuai untuk anda.

    Dari segi susunatur ruang, ruang tamu dipisahkan dengan semua ruang lain bagi memberikan sentuhan ‘privacy’ untuk keselesaan anda & keluarga terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

    Terdapat Ruang TV bersebelahan dengan ruang Tamu yang juga boleh dijadikan ruang solat atau pejabat jika diperlukan sesuai dengan keperluan keluarga anda. Ruang makan murupakan ruang utama yang berada di tengah-tengah rumah yang menghubungkan ruang yang lain seperti ruang dapur, ruang tamu serta kesemua bilik tidur.

    Rekabentuk Rumah C115 ini mempunyai 2 tempat letak kereta berbumbung di bahagian sisi & anjung rehat/foyer di bahagian hadapan bagi memenuhi keperluan aktiviti anda di luar.


    Dapatkan lukisan Design Rumah C115 ni sekarang pada HARGA PROMOSI untuk LEBIH JIMAT.

    Mohon klik link dibawah untuk lebih lanjut


    Nota:

    Menerusi lukisan yang bakal anda tempah nanti, anda boleh berikan kepada kontraktor di tempat anda bagi mendapatkan kos pembinaan & membina rumah idaman anda.

    Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja bagi membantu anda & tidak terlibat dengan pembinaan.

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN 1401-2000 KPS.