Pelan Lantai Design Rumah C104
PERINCIAN REKABENTUK RUMAH C104
- Saiz Tanah Minimum Yang Diperlukan : 60 kaki (Lebar) x 74 kaki (Panjang)- “setelah mengambilkira anjakan bangunan 10 kaki di kiri, kanan, belakang & 20 kaki di hadapan”
- Bukaan/Luas Tapak : 40 kaki (Lebar) x 54 kaki (Panjang)
- Kategori : Rumah banglo 1 tingkat
- Bilangan Bilik: 3 Bilik
- Bilangan Bilik Air: 2 Bilik Air
- Tempat Letak Kereta (TLK) : 1 TLK berbumbung
- Keluasan Pelan Rumah : 1307 kp (Luas Ruang Berdinding) + 231 kp (Luas Anjung Berbumbung) = 1538 kp (Luas Keseluruhan)
- Ruang Dalaman Yang Disediakan (1307 kp) : Ruang Tamu, Ruang TV, Ruang Makan, Ruang Dapur, Ruang Basuh, Bilik Tidur 1-3 & Bilik Air 1-2
- Ruang Anjung Berbumbung Yang Disediakan (231 kp) : Anjung Kereta & Anjung Dapur
Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C104 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 60 kaki lebar x 84 kaki panjang.
Luas keseluruhan pelan lantai Rekabentuk Rumah C104 ini ialah 142.90 meter persegi atau bersamaan 1538 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, ruang dalaman adalah berkeluasan 1307 kaki persegi.
Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C104 ini amat sesuai untuk anda. Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ didalam bilik manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.
Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa dimana ruang tamu ini diasingkan dengan ruang yang lain bagi memenuhi keperluan ‘provasi’ keluarga anda terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.
Di bahagian ruang ‘privasi’ untuk keluarga anda ini, terdapat 3 ruang utama bagi menjamin keselesaan anda & keluarga iaitu ruang makan yang agak luas yang dapat menempatkan meja makan untuk 8 orang, ruang TV/ruang keluarga dan juga ruang dapur.
Dengan sentuhan ID, ruang dapur ini boleh anda jadikan samada berkonsepkan dapur terbuka atau sebaliknya. Terdapat ruang basuh berhampiran ruang dapur yang juga boleh dijadikan bilik setor seandainya diperlukan mengikut kesesuaian keluarga anda.
Dibahagian hadapan, terdapat anjung kereta yang agak luas yang dapat memuatkan sebuah kereta & motorsikal. Anjung ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti semasa kendiri atau apa-apa majlis yang anda perlukan.
Di bahagian dapur pula, terdapat anjung dapur yang boleh dijadikan ruang jemuran atau untuk memenuhi keperluan aktiviti anda & keluarga anda dibahagian belakang rumah.
Dapatkan lukisan Design Rumah C104 ni sekarang pada HARGA PROMOSI untuk LEBIH JIMAT.
Mohon klik link dibawah untuk lebih lanjut
Nota:
Menerusi lukisan yang bakal anda tempah nanti, anda boleh berikan kepada kontraktor di tempat anda bagi mendapatkan kos pembinaan & membina rumah idaman anda.
Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja bagi membantu anda & tidak terlibat dengan pembinaan.
Recent Comments