Pelan Lantai Design Rumah C124
PERINCIAN REKABENTUK RUMAH C124
- Saiz Tanah Minimum Yang Diperlukan : 58 kaki (Lebar) x 75 kaki (Panjang)- “setelah mengambilkira anjakan bangunan 10 kaki di kiri, kanan, belakang & 20 kaki di hadapan”
- Bukaan/Luas Tapak : 38 kaki (Lebar) x 47 kaki (Panjang)
- Kategori : Rumah banglo 1 tingkat
- Bilangan Bilik: 4 Bilik
- Bilangan Bilik Air: 2 Bilik Air
- Tempat Letak Kereta (TLK) : 2 TLK berbumbung
- Keluasan Pelan Rumah : 1198 kp (Luas Ruang Berdinding) + 336 kp (Luas Anjung Berbumbung) = 1534 kp (Luas Keseluruhan)
- Ruang Dalaman Yang Disediakan (1198 kp) : Ruang Tamu/Makan, Ruang Keluarga, Ruang Dapur, Bilik Tidur 1-4 & Bilik Air 1-2
- Ruang Anjung Berbumbung Yang Disediakan (336 kp) : Anjung Hadapan, Anjung Kereta & Anjung Rehat
Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C124 direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot sekurang-kurangnya berukuran 58 kaki lebar x 77 kaki panjang.
Luas keseluruhan pelan rumah C124 ini ialah 142.55 meter persegi atau bersamaan 1534 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, 1198 kaki persegi ialah ruang dalaman.
Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 4 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C124 ini amat sesuai untuk anda. Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ manakal bilik tidur 2,3 & 4 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.
Rekabentuk rumah ini seakan-akan berbentuk ‘U’ yang memisahkan ruang tamu, ruang makan & dapur dengan ruang keluarga serta bilik tidur.
Terdapat anjung utama yang menempatkan pintu masuk utama yang diasingkan dengan anjung kereta di sebelah sisi bertujuan membezakan antara laluan masuk tetamu dengan laluan masuk untuk keluarga seandainya diperlukan.
Di hadapan anjung kereta terdapat laman mini dengan kolam hiasan yang dihubungkan ke ruang keluarga didalam rumah melalui anjung rehat dengan ‘sliding door’ 4 panel.
Perancangan ruang ini memberikan kelebihan kepada anda yang sukakan ruang santai ‘indoor’ & ‘outdoor’ untuk memenuhi masa yang sangat berharga dengan keluarga anda.
Kesemua bilik tidur mempunyai keluasan melebihi 100 kaki persegi dan pasti dapat memberikan keselesaan di ruang ‘privacy’ anda & keluarga anda.
Dapatkan lukisan Design Rumah C124 ni sekarang pada HARGA PROMOSI untuk LEBIH JIMAT.
Mohon klik link dibawah untuk lebih lanjut
Nota:
Menerusi lukisan yang bakal anda tempah nanti, anda boleh berikan kepada kontraktor di tempat anda bagi mendapatkan kos pembinaan & membina rumah idaman anda.
Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja bagi membantu anda & tidak terlibat dengan pembinaan.
Recent Comments