DESIGN RUMAH C107- PELAN RUMAH BANGLO 1 TINGKAT-3 BILIK (1673 KAKI PERSEGI-48’ X 54’)

     

    Pelan Lantai Design Rumah C107


     


    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH BANGLO 1 TINGKAT C107

    Kategori = Design Rumah Banglo 1 Tingkat


    Luas Keseluruhan = 155.40 Meter persegi / 1673 Kaki persegi

    Luas Ruang Berdinding = 121.40 Meter persegi / 1307 Kaki persegi
    Luas Anjung Berbumbung = 34.00 Meter persegi / 366 Kaki persegi


    Bukaan Tapak/Luas Pelan Lantai = 48′ lebar x 54′ Panjang


    Ruang yang disediakan

    • 1 Anjung Kereta (1 Tempat Letak Kereta)
    • 1 Anjung Sisi
    • 1 Anjung Dapur
    • 1 Ruang Tamu
    • 1 Ruang TV/Keluarga
    • 1 Ruang Makan
    • 1 Ruang Dapur
    • 1 Ruang Basuh
    • 3 Bilik Tidur
    • 2 Bilik Air

    Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C107 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 68 kaki lebar x 84 kaki panjang.

    Luas keseluruhan pelan lantai Rekabentuk Rumah C107 ini ialah 155.40 meter persegi atau bersamaan 1673 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, ruang dalaman adalah berkeluasan 1307 kaki persegi.

    Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C107 ini amat sesuai untuk anda.

    Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ didalam bilik manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.

    Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa dimana ruang tamu ini diasingkan dengan ruang yang lain bagi memenuhi keperluan ‘provasi’ keluarga anda terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

    Di bahagian ruang ‘privasi’ untuk keluarga anda ini, terdapat 3 ruang utama bagi menjamin keselesaan anda & keluarga iaitu ruang makan yang agak luas yang dapat menempatkan meja makan untuk 8 orang, ruang TV/ruang keluarga dan juga ruang dapur.

    Dengan sentuhan ID, ruang dapur ini boleh anda jadikan samada berkonsepkan dapur terbuka atau sebaliknya. Terdapat ruang basuh berhampiran ruang dapur yang juga boleh dijadikan bilik setor seandainya diperlukan mengikut kesesuaian keluarga anda.

    Dibahagian hadapan, terdapat anjung kereta yang agak luas yang dapat memuatkan sebuah kereta & motorsikal. Anjung ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti semasa kendiri atau apa-apa majlis yang anda perlukan.

    Di bahagian sisi pula, terdapat anjung rehat yang dihubungkan dengan ruang tamu melalui ‘sliding door’ 3 panel bagi menjamin pengudaraan yang berkesan di ruangan ini.

    Di bahagian dapur pula, terdapat anjung dapur yang boleh dijadikan ruang jemuran atau untuk memenuhi keperluan aktiviti anda & keluarga anda dibahagian belakang rumah.


    Untuk mendapatkan lukisan detail Design Rumah C107 ini beserta ukuran dan spesifikasi pembinaan, anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah..

    LUKISAN ASAS PAKEJ 1 (Format PDF Saiz A4)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-1-laporan-rekabentuk-skematik

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 2 (Format PDF Saiz A1)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-2-lukisan-pembinaan-pdf-saiz-a1

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 3 (Format AutoCAD)

    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-3-lukisan-pembinaan-autocad

    CUSTOM DESIGN/ PINDAAN DESIGN
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design

    Nota:
    Menerusi lukisan yang ditempah, ianya boleh digunakan untuk membantu anda berbincang, membuat pengiraan kos dan membina rumah. Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja dan tidak terlibat dengan pembinaan, ‘submission’ kepada PBT dan lain-lain.


    Jika anda seorang kontraktor bina rumah, anda boleh klik link dibawah untuk kami bantu anda dengan menyediakan Portfolio Design Rumah yang bakal memudahkan perbincangan awal anda dengan bakal pelanggan.
    https://pdr2019.com/


     

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, KELUASAN 1401-2000 KPS, and LEBAR TANAH 31-50 KAKI.