DESIGN RUMAH B1-04 (3 bilik /2 bilik air -45’x34′ – 1220 kaki persegi)

     

     


    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH B104

    Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah B104 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 65 kaki lebar x 64 kaki panjang.

    Luas keseluruhan pelan lantai Design B104 ini pula ialah 113.40 meter persegi atau bersamaan 1220 kaki persegi. Daripada jumlah luas ini, 891 kaki persegi ialah ruang dalaman berdinding.

    Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air, Rekabentuk Rumah B104 ini amat sesuai untuk anda.

    Bilik tidur utama design rumah B104 ini agak luas (218 kaki persegi) dan mempunyai ‘attached bathroom’ didalamnya manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.

    Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa (315 kaki persegi) dimana ruang tamu ini digabungkan dengan ruang makan.

    Ruang ini juga dihubungkan dengan anjung hadapan menggunakan pintu ‘folding door’ bagi mewujudkan ‘strong connection’ dengan bahagian laman di hadapan rumah. Anjung kereta dengan kapasiti sebuah kereta pula berada di sisi rumah agar tiada halangan di antara ruang ini.

    Di bahagian dapur, terdapat anjung dapur di bahagian luar dapur yang boleh digunakan samada sebagai ruang jemuran atau sebagai ruang berteduh sementara setelah penat melakukan aktiviti di luar rumah.

    Terdapat 1 bilik setor berhampiran ruang dapur yang anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan.


    Kategori = Design Rumah Banglo Setingkat

    Luas Keseluruhan = 113.40 Meter persegi / 1220 Kaki persegi
    Luas Ruang Berdinding = 82.80 Meter persegi / 891 Kaki persegi
    Luas Anjung Berbumbung = 30.60 Meter persegi / 329 Kaki persegi
    Bukaan Tapak/Luas Pelan Lantai = 44′ lebar x 35′ Panjang

    Ruang yang disediakan =
    a. 1 Anjung Kereta (1 Tempat Letak Kereta)
    b. 1 Anjung Hadapan
    c. 1 Anjung Dapur
    d. 1 Ruang Tamu/Makan
    e. 1 Ruang Dapur
    f. 1 Bilik Setor
    g. 3 Bilik Tidur
    h. 2 Bilik Air

    Untuk mendapatkan lukisan detail Design Rumah B104 ini beserta ukuran dan spesifikasi pembinaan, anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah..

    LUKISAN ASAS PAKEJ 1
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-1-laporan-rekabentuk-skematik

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 2
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-2-lukisan-pembinaan-pdf-saiz-a1

    CUSTOM DESIGN/ PINDAAN DESIGN
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design

    Nota:
    Menerusi lukisan yang ditempah, ianya boleh digunakan untuk membantu anda berbincang, membuat pengiraan kos dan membina rumah. Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja dan tidak terlibat dengan pembinaan, ‘submission’ kepada PBT dan lain-lain.

    Jika anda seorang kontraktor bina rumah, anda boleh klik link dibawah untuk kami bantu anda dengan menyediakan Portfolio Design Rumah yang bakal memudahkan perbincangan awal anda dengan bakal pelanggan.
    https://pdr2019.com/

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN BAWAH 1400 KPS.