Pelan Lantai Design Rumah A111
PERINCIAN REKABENTUK RUMAH A111
- Saiz Tanah Minimum Yang Diperlukan : 50 kaki (Lebar) x 64 kaki (Panjang)- “setelah mengambilkira anjakan bangunan 10 kaki di kiri, kanan, belakang & 20 kaki di hadapan”
- Bukaan/Luas Tapak : 30 kaki (Lebar) x 34 kaki (Panjang)
- Kategori : Rumah banglo 1 tingkat
- Bilangan Bilik: 3 Bilik
- Bilangan Bilik Air: 2 Bilik Air
- Tempat Letak Kereta (TLK) : 1 TLK berbumbung
- Keluasan Pelan Rumah : 703 kp (Luas Ruang Berdinding) + 137 kp (Luas Anjung Berbumbung) = 840 kp (Luas Keseluruhan)
- Ruang Dalaman Yang Disediakan (703 kp) : Ruang Tamu, Ruang Makan, Ruang Dapur, Bilik Tidur 1-3 & Bilik Air 1-2
- Ruang Anjung Berbumbung Yang Disediakan (137 kp) : Anjung Kereta & Anjung Sisi
Rekabentuk Rumah A111 merupakan design rumah setingkat yang mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Luas keseluruhan rekabentuk rumah ini ialah 840 kaki persegi sahaja dimana ruang dalamannya berkeluasan 703 kaki persegi. Lebar keseluruhan rekabentuk rumah ini ialah 30 kaki manakala panjangnya pula ialah 34 kaki.
Dari segi susunatur ruang pula, pintu masuk utama terletak di anjung kereta yang dapat memuatkan sebuah kereta bersaiz sederhana. Ruang tamu rekabentuk rumah ini dipisahkan dengan ruang dalaman yang lain bagi memberi sentuhan ‘privacy’ kepada penghuni rumah seandainya ada tetamu yang bertandang.
Ruang makan yang terletak ditengah-tengah rekabentuk keseluruhan menjadi ruang penghubung antara ruang tamu dengan kesemua bilik tidur serta ruang dapur sesuai dengan fungsinya untuk digunakan oleh penghuni rumah & pada masa sama dapat memenuhi keperluan melayan tetamu jika diperlukan. Ruang makan ini juga dilengkapi dengan ‘sliding door’ yang dihubungkan kepada anjung sisi bagi memberi kelebihan kepada anda seandainya mahu mengadakan aktiviti luar rumah.
Kesemua bilik tidur dipisahkan dengan bilik air bagi memberikan ‘fleksibility’ dari segi kegunaan kepada semua penghuni untuk menggunakan kemudahan tersebut pada masa yang berbeza secara maksimum walaupun rumah ini bersaiz kecil.
2 bilik tidur dalam rekabentuk rumah ini dapat memuatkan katil ‘double’ manakala satu bilik tidur lagi dapat memuatkan sebuah katil ‘single’.
Rekabentuk rumah ini amat sesuai jika anda mempunyai ahli keluarga yang kecil.
Dapatkan lukisan Design Rumah A111 ni sekarang pada HARGA PROMOSI untuk LEBIH JIMAT.
Mohon klik link dibawah untuk lebih lanjut
Nota:
Menerusi lukisan yang bakal anda tempah nanti, anda boleh berikan kepada kontraktor di tempat anda bagi mendapatkan kos pembinaan & membina rumah idaman anda.
Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja bagi membantu anda & tidak terlibat dengan pembinaan.
Recent Comments