PDR

 



Adakah anda KONTRAKTOR BINA RUMAH yang BARU BERMULA atau KONTRAKTOR bina rumah KECILAN yang susah nak dapat projek bina rumah walaupun dah bertahun bergelar kontraktor?


ATAU…


Adakah anda datang berjumpa bakal pelanggan CUMA dapat BAWA ‘NAMECARD’ sekeping jer sebab TIADA BAHAN yang ‘PROFESSIONAL’ untuk dibawa semasa perjumpaan?


Memang la SUSAH nak PIKAT PELANGGAN jika keadaannya macam tu.


Apatah lagi nak dapat projek kan…?


Sebab tu kami di REKABENTUKRUMAH.COM sediakan PORTFOLIO DESIGN RUMAH /PDR bagi membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

 


4 MASALAH UTAMA yang dihadapi oleh ramai kontraktor walaupun dah nak masuk tahun 2026:


Kontraktor “TIADA BAHAN” yang professional untuk DIBAWA semasa NAK BERJUMPA dengan bakal PELANGGAN untuk memudahkan perbincangan.


Kontraktor TIADA KEPAKARAN untuk sediakan design rumah sendiri ‘on the spot’ semasa meeting kerana TIADA ILMU & SKILL dalam bidang senibina/architecture


Kontraktor TIADA MASA untuk SEDIAKAN pilihan DESIGN RUMAH yang BANYAK dalam MASA yang SINGKAT sebelum berjumpa dengan bakal pelanggan walaupun jika ada staff yang ada ilmu dan skill dalam menyediakan design rumah.


Kontraktor TIADA BAJET yang BESAR untuk UPAH ARKITEK/DESIGNER untuk sediakan PULUHAN DESIGN RUMAH untuk dibawa berjumpa bakal pelanggan untuk memudahkan perbincangan semasa ‘1st  MEETING’


Akibat daripada 4 masalah tersebut, ianya menyebabkan:-


  1. Bakal pelanggan TAK YAKIN/WAS-WAS dengan anda sebagai kontraktor bina rumah.

Ianya disebabkan perbincangan menjadi LEBIH SUKAR akibat tiada bahan berupa katalog design rumah semasa perbincangan terutamanya katalog design rumah dalam bentuk lukisan 3D yang membolehkan bakal pelanggan nampak dan faham keseluruhan rekabentuk rumah yang mereka inginkan.


  1. MASA YANG LAMA yang diperlukan untuk ‘close’ projek walaupun untuk bina rumah yang kecil sahaja.

Jika perjumpaan kali pertama digunakan cuma sekadar untuk tahu apa yang bakal pelanggan perlukan akibat anda tidak melakukan apa-apa persediaan, anda pasti perlu berjumpa bakal pelanggan tersebut untuk kali ke 2, ke 3, ke 4 dan seterusnya hanya untuk perbincangan berkenaan design rumah sahaja.

Tapi, jika anda datang perjumpaan dengan bakal pelanggan terus membawa Portfolio Design Rumah yang ada puluhan atau ratusan design rumah, bakal pelanggan mungkin boleh berkata…

 

”Haaa..design macam ni la yang kami nak…cukup dengan keperluan keluarga dan bajet yang kami ada…”

 

atau sekurang-kurangnya bakal pelanggan berkata…

 

”saya minat dengan design rumah yang ni, tapi nak tambah satu bilik lagi dibahagian tepi…”

 

Kan lebih MUDAH urusan anda untuk perjumpaan kali ke 2 nanti. Betul tak?

(strategi ini telah ramai digunakan oleh kontraktor Berjaya untuk close projek dengan cepat)


  1. KOS YANG BANYAK yang diperlukan untuk perjalanan akibat perlu berjumpa dengan bakal pelanggan banyak kali untuk ‘close’projek.

Ianya termasuklah untuk penyediaan draf design rumah serta KOS YANG BANYAK juga diperlukan untuk anda mengupah DESIGN ARKITEK untuk sediakan design rumah dengan kadar segera.

 

Umum mengetahui, kos penyediaan design rumah oleh arkitek TIDAK MURAH.

Biasanya 1-3% daripada anggaran kos pembinaan untuk fasa design dan penyediaan lukisan design rumah sahaja (tak termasuk lain-lain perkhidmatan seperti submission ke PBT dan lain-lain).

 

Jika anggaran kasar kos pembinaan rumah adalah RM 100 ribu, kos untuk penyediaan 1 design rumah sahaja oleh arkitek dah mencapai RM 1k-3k.

 

Kalau 10 design?? Anda kira la sendiri….!

 

Kos ini mungkin tinggi bagi anda sebagai kontraktor tetapi amat rendah dan tidak berbaloi untuk ramai arkitek sebab masa yang diperlukan oleh mereka untuk buat design akan lebih berbaloi untuk menyediakan design bangunan yang lebih besar dengan kos berjuta-juta berbanding cuma sediakan design rumah dibawah RM 300 ribu sahaja.

Ini kerana, tempoh masa untuk sediakan design tersebut hampir sama. Skala projek sahaja yang berbeza.


  1. Projek TERLEPAS kepada kontraktor lain yang lebih bersedia.

Pelanggan memang akan memilih kontraktor yang lebih bersedia dan meyakinkan untuk mereka berikan amanah ratusan ribu ringgit untuk membina rumah mereka.

 

Lagi tinggi nilai projek, lebih banyak persediaan yang sepatutnya anda buat sebagai kontraktor.

Bukan setiap tahun pelanggan nak bina rumah pun.

Kebanyakkannya cuma sekali seumur hidup sahaja.

Jadi tak salahlah jika bakal pelanggan hanya memilih kontraktor yang mereka anggap paling bersedia untuk membina rumah mereka.

 

Jika anda cuma datang bawa namekad sahaja dan pesaing anda datang bawa design katalog, company profile dan lain-lain untuk meyakinkan bakal pelanggan, anda rasa boleh dapat projek tersebut ke…?

Confirm terlepas..

 

Bila projek dah terlepas, modal yang sedia ada pun hangus begitu sahaja dan anda terpaksa ulang kerja-kerja mencari pelanggan yang lain dengan modal yang lain pula.

Kan RUGI tu..!


Untuk mengelakkan masalah diatas, ramai KONTRAKTOR mengambil langkah berikut sebagai JALAN SINGKAT dalam proses menyakinkan bakal pelanggan untuk mendapatkan PROJEK BINA RUMAH


  1. BUANG HARGA

Kesilapan ni berlaku di mana-mana dan semakin membarah dalam industri bina rumah sekarang ni.

Anda perlu ingat, pembinaan sesebuah rumah membabitkan baaaanyaaaaak komponen yang terlibat samada dari segi bahan binaan, keperluan logistik, pekerja binaan, sewa jentera dan peralatan dan lain-lain.

 

Setiap komponen ni ada kos yang tersendiri dan amat mustahil untuk dikeluarkan begitu sahaja melainkan anda terpaksa mengorbankan aspek kualiti rumah yang akan dibina, kuantiti bahan yang digunakan dan lain-lain.

Hasilnya, ramai kontraktor yang tersangkut kerana projek tak dapat disiapkan atau jika dapat disiapkan pun dalam keadaan rugi.

Bila dah ada projek sakit ni, memang susah nak buat marketing untuk mendapatkan projek yang baru…

 

Sebenarnya, sebagai kontraktor, anda tak perlu buang harga pun untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti.

Sebaliknya anda perlu buat persediaan yang rapi sebelum berjumpa bakal pelanggan.

 

Jika di peringkat awal anda tidak melakukan persediaan yang rapi dan terperinci sebelum berjumpa pelanggan, anda mungkin akan tewas dalam permainan harga ni.

 

Antara persediaan yang paling penting sebelum berjumpa bakal pelanggan ialah adanya lukisan design rumah beserta dengan kos pembinaan untuk design rumah tersebut.

Ramai pelanggan perlukan 2 perkara ni sebelum mereka buat Keputusan untuk melantik mana-mana kontraktor.

Mereka tak tahu pun berapa kos untuk membina rumah berdasarkan sesuatu design tersebut.

Lain design rumah, lain kosnya walaupun luas keseluruhan yang sama.

Anda perlu mahir tentang berkara ni untuk jadi kontraktor yang Berjaya.

 

Jika anda tak kira kos betul-betul, anda akan bagi harga sesedap rasa tapi berisiko menambah luka dalam hidup anda dikemudian hari.

 

Tapi, macam mana nak kira kos jika lukisan design rumah pun anda tiada kan?


  1. REMBAT DESIGN RUMAH DI INTERNET

Kesilapan ini juga bakal menjerat anda kerana bakal pelanggan biasanya lebih yakin dengan kontraktor yang ada katalog design rumah dengan brand/logo anda sendiri.

 

Cuba anda bayangkan jika anda pergi berjumpa bakal pelanggan dan bawa design rumah yang anda ciluk daripada internet yang ada brand Syarikat lain.

Secara automatik, kepercayaan bakal pelanggan terhadap Syarikat anda pasti makin merosot.

Sebab, bakal pelanggan pun memang confirm buat survey design rumah di internet dulu pada zaman ni kan.

Macam mana anda nak explain macam mana logo syarikat orang lain ada pada design rumah yang anda bawa tersebut kan?


  1. DESIGN RUMAH TAK LENGKAP

Ini juga antara kesilapan yang dilakukan oleh ramai kontraktor bermasalah.

 

Bayangkan, pelan lantai yang anda bawa berjumpa pelanggan tak selari dengan lukisan 3d yang anda tunjukkan?

 

Contohnya di pelan lantai ada sliding door, tapi di lukisan 3d tiada. Nampak macam masalah kecil, tapi macam mana bakal pelanggan nak percaya dengan maklumat yang lain pada pelan lantai tersebut kan jika kesilapan asas ni pun berlaku..?

 

Bakal pelanggan mungkin was-was…”Betul ke luas pelan ni 1000 kps tapi lukisan 3d macam 3000 kps jer?”

 

Banyak kontraktor yang dah terperangkap dengan soalan pelanggan berkenaan perkara ni. Mereka ingat boleh buat asal boleh jer.

 

Tapi tak menjadi….. sebab ramai bakal pelanggan yang dah pandai baca pelan pun. Bukan lagi seperti sebelum ni.

 

Lagi teruk, jika anda sebagai kontraktor cuma ada lakaran pelan lantai sahaja dan tiada lukisan 3d dan lukisan detail yang lain?

 

Apa persepsi bakal pelanggan dan apa yang anda nak jawab bila pelanggan tanya kan?

Realitinya, setiap pelan rumah yang berbeza akan menghasilkan lukisan 3d yang berbeza dan kos pembinaan juga tidak akan sama.

Setiap ‘line’ dan symbol pada pelan lantai memberikan maksud yang berbeza pada lukisan pandangan sisi dan lukisan 3d.

 

Jadi anda memang nak kena sediakan pelan rumah yang lengkap pada masa sekarang untuk meyakinkan bakal pelanggan sebab rata-rata pelanggan sekarang amat ambil berat perkara ni walaupun nak bina rumah yang kecil sahaja.

 

Kredibiliti anda juga akan meningkat jika anda dapat sediakan design rumah beserta lukisan yang lengkap untuk meyakinkan bakal pelanggan.

 

Anda nak kira kos pembinaan dengan tepat pun tak dapat jika anda tiada lukisan design rumah yang lengkap kan?

 

Sebab tu ramai kontraktor cuma dapat beri anggaran kos yang agak-agak sahaja kepada bakal pelanggan sampaikan kos tersebut tak logik di mata bakal pelanggan.

 

Last sekali…Ramai kontraktor yang terkandas semasa pembinaan akibat salah bagi harga sebab tiada lukisan design rumah yang lengkap.


SEBAGAI PENYELESAIAN BAGI MEMBANTU ANDA, KAMI DI REKABENTUKRUMAH.COM MENYEDIAKAN PORTFOLIO DESIGN RUMAH/PDR KHUSUS UNTUK ANDA

 


PORTFOLIO DESIGN RUMAH/PDR ini merupakan KATALOG DESIGN RUMAH yang kami sediakan menggunakan ratusan design rumah yang kami ada DALAM BENTUK PELAN LANTAI beserta ukuran dan LUKISAN 3D dengan memasukkan LOGO SYARIKAT anda pada setiap design agar dapat MEYAKINKAN bakal PELANGGAN dan MEMUDAHKAN PERBINCANGAN anda dengan bakal pelanggan tersebut.

 

 


5 KEPENTINGAN PDR dalam Syarikat pembinaan anda


  1. PDR DAPAT MENINGKATKAN KEPERCAYAAN bakal pelanggan terhadap Syarikat pembinaan anda sebab setiap design pada PDR tersebut akan kami masukkan logo Syarikat anda pada setiap muka surat.

  2. PDR DAPAT MEMUDAHKAN PERBINCANGAN dengan bakal pelanggan sebab PDR LENGKAP dengan pelan lantai beserta ukuran dalam unit kaki dan meter serta lukisan 3D keseluruhan rumah.

  3. PDR MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT PERSEDIAAN paling penting sebelum berjumpa bakal pelanggan dengan membuat pengiraan anggaran kasar kos pembinaan berdasarkan lukisan design rumah dalam PDR

  4. PDR MEMUDAHKAN bakal pelanggan MEMBUAT KEPUTUSAN design rumah yang mereka nak bina berdasarkan BAJET mereka apabila anda dapat mengira kos lebih awal berdasarkan lukisan yang kami sediakan.

  5. PDR MEMUDAHKAN anda untuk ‘CLOSE DEAL’ dan mendapat projek bina rumah sebab lukisan design rumah yang ada dalam PDR disediakan oleh kami yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam ‘residential architecture’.

Berikut merupakan contoh PDR yang kami bakal sediakan untuk anda.


Berikut pula merupakan contoh PDR yang kami dah sediakan untuk membantu kontraktor sebelum ini



Berikut pula merupakan antara KONTRAKTOR yang telah MENEMPAH PDR yang kami sediakan tersebut



Bukan hanya dapat PDR, SYARIKAT PEMBINAAN anda juga akan kami IKLANKAN secara PERCUMA di website kami yang merupakan GALERI DESIGN RUMAH ONLINE TERBESAR bagi membantu memudahkan pelanggan kami pula menghubungi anda untuk membina rumah mereka

 

 


6 KELEBIHAN Pakej PDR yang kami sediakan bagi membantu SYARIKAT PEMBINAAN anda.


  1. Terdapat 600 DESIGN RUMAH yang kami dah sediakan dan anda boleh pilih MANA-MANA DESIGN RUMAH untuk dimasukkan ke dalam PDR Syarikat anda mengikut BAJET yang anda ada.

  2. PDR LENGKAPI dengan LUKISAN PELAN LANTAI yang mengandungi ukuran dalam unit kaki/meter serta LUKISAN 3D BERWARNA bagi membantu memudahkan pelanggan memahami design yang mereka inginkan.

  3. LOGO SYARIKAT pembinaan anda akan dimasukkan pada setiap muka surat dalam PDR bagi meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan

  4. PDR disediakan dalam bentuk SOFTCOPY PDF bagi memudahkan anda menggunakan tab/phone sebagai medium komunikasi

  5. PDR juga disediakan dalam bentuk HARDCOPY SAIZ A4 yang ‘compact’ dan mudah dibawa kemana-mana untuk memudahkan perbincangan selain menggunakan ‘softcopy’ PDR dalam format pdf.

  6. Harga mampu milik untuk semua kontraktor yang serius dimana harga promosi yang ditawarkan cuma serendah RM 49 sehingga RM 19 sahaja bagi setiap design rumah bergantung kepada Pakej PDR yang dipilih.

 

 


Apa KATA PELANGGAN-PELANGGAN kami berkenaan PDR yang kami sediakan tersebut


 


Banyak ke design yang kami dah sediakan yang anda boleh pilih dalam PDR ni?


Sehingga kini, kami dah siapkan 600 DESIGN RUMAH pelbagai saiz dan bentuk yang anda boleh pilih untuk dimasukkan ke dalam PDR Syarikat anda.


Berikut merupakan sebahagian DESIGN RUMAH tersebut mengikut pecahan kategori luas binaan untuk rujukan anda.



Anda boleh pilih MINIMUM 10 DESIGN RUMAH atau mana-mana Pakej PDR yang sesuai dengan Bajet anda.

Anda nak PILIH kesemua 600 DESIGN RUMAH ni pun boleh untuk dijadikan PDR Syarikat anda.


Bukan apa, lebih banyak design yang anda ada, lebih banyak pilihan anda boleh tunjukkan kepada bakal pelanggan dan lebih mudah pula mereka membuat pilihan berdasarkan keperluan mereka.


Anda perlu faham bahawa, keperluan setiap pelanggan tak sama dan saiz tanah juga berbeza.


Ada pelanggan yang nak buat rumah dengan bajet RM 100 ribu je…

Ada pelanggan yang nak buat rumah banglo 2 tingkat dengan kos lebih RM 400 ribu..


Ada pelanggan yang nak design rumah moden…

Ada pelanggan nak design rumah berkonsepkan ‘English style’..


Jadi, jika ada banyak design, ianya bakal membantu memudahkan anda dan bakal pelanggan anda tersebut.


Berikut merupakan proses tempahan PDR


 


Berikut pula adalah 4 Pakej PDR yang kami sediakan bagi membantu anda.




 

 


Siap CEPAT, dialah yang akan kami BANTU…