Custom Design

 

Atas permintaan ramai saban hari……kami terpaksa…..

Adakah Anda Masih Bermasalah Bagi Mendapatkan Pelan Rumah Yang Sesuai Walaupun Sudah Melayari Kesemua Reka Bentuk Rumah Di Galeri Kami?

Bagi membantu anda, akhirnya kami terpaksa mengalah untuk menyediakan perkhidmatan ‘Custom Design’ reka bentuk rumah secara ONLINE khusus untuk anda…!

Saban hari, kami terpaksa menolak puluhan permintaan daripada para pelanggan kami bagi membantu mereka.

Jauh disudut hati, kami berasa amat bersalah…

Berikut antara permintaan yang terpaksa kami tolak sebelum ini….

Kami yakin dan kami pasti, jika kami tidak berubah, kami pasti mengecewakan lebih ramai bakal pelanggan kami termasuk anda yang mungkin menghadapi masalah seperti berikut:-

  • “Saya sudah melihat semua reka bentuk rumah di galeri, tetapi tiada yang muat dan sesuai dengan keluasan tanah yang saya miliki?”
  • “Saya suka dengan reka bentuk D1-01, tetapi keluarga saya perlukan 5 bilik berbanding 4 bilik yang ditawarkan?”
  • “Saya minat dengan reka bentuk E1-01, tetapi saya perlukan garaj kereta yang lebih besar dan bumbung berbentuk ‘mono pitch’?”
  • “Saya perlukan reka bentuk rumah ‘homestay’?”
  • “Saya perlukan reka bentuk rumah ‘Semi-D’ dua tingkat, di galeri hanya ada ‘Semi-D’ setingkat?”
  • “Waktu pulang ke kampung sebelum ini, saya betul-betul minat dengan satu design rumah yang saya lihat, tetapi reka bentuk tersebut tiada di rekabentukrumah .com?”
  • …….Dan bermacam permasalahan lagi?

 BERITA BAIK UNTUK ANDA!

Setelah berbincang di pihak pengurusan tertinggi rekabentukrumah .com, kami akhirnya membuat keputusan bagi membantu anda dengan menyediakan perkhidmatan penyediaan ‘Custom Design’ reka bentuk rumah secara ONLINE.

APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI?

Melalui perkhidmatan ‘Custom Design’, kami akan membantu anda dengan menyediakan lukisan seperti berikut:-

1. Penyediakan draft rekabentuk dalam bentuk 3D perspektif secara PERCUMA

2. Penyediaan Lukisan Kerja (bernilai sekurang-kurangnya RM 1800)

(Lukisan dalam bentuk ‘softcopy’ dalam format AutoCAD yang boleh diubahsuai dan dicetak dalam saiz A1 samada bagi tujuan pembinaan atau diubahsuai bagi tujuan pengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan) yang mengandungi lukisan berskala iaitu pelan tapak (1:200), pelan lantai, pelan bumbung, 2 lukisan keratan rentas, 4 lukisan pandangan hadapan, belakang dan kedua-dua sisi (1:100) serta jadual keluasan ruang beserta cadangan kemasan.

Pemberian PERCUMA
a) Jadual Pintu Dan Tingkap, Lukisan Perincian Bilik Air dan Lukisan Perincian Tangga bernilai >RM 300
b) Pelan susunatur siling dan ‘electrical diagram’ (1:100) bernilai >RM 500

3. Penyediaan Laporan Rekabentuk Skematik  (bernilai >RM 300)

(Lukisan dalam bentuk ‘softcopy’ dalam format JPEG yang boleh dicetak dalam saiz A4/A3) yang mengandungi lukisan pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 lukisan keratan rentas, lukisan pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri dan kanan serta jadual keluasan ruang beserta cadangan kemasan.

Pemberian PERCUMA
a) 4 pandangan 3D perspektif bernilai RM >400
b) pelan susunatur perabot bernilai RM >100

BERAPA CAJ YANG KAMI AKAN KENAKAN?

Untuk pengetahuan anda, caj penyediaan reka bentuk sahaja yang dikenakan oleh kebanyakkan pihak ialah sekurang-kurangnya 1.5 -2.5% daripada anggaran kos pembinaan.

Ini bermaksud jika anggaran kos pembinaan rumah anda ialah RM 150 000, maka caj rekabentuk yang dikenakan ialah sekurang-kurangnya RM 2000.

Caj tersebut walaubagaimanapun tidak termasuk caj penyediaan lukisan dalam bentuk  3D. Lagi besar rumah yang anda mahukan, lagi tinggi caj reka bentuknya. Jadi berapakah caj yang akan kami kenakan?

Matlamat utama penubuhan rekabentukrumah .com ialah bagi membantu pelanggan dengan menyediakan pelan rumah secara online dengan harga Diskaun.

Jesteru, walaupun bagi penyediaan ‘Custom Design’ kami juga ingin mengekalkan prinsip yang sama. Bagi membantu seramai mungkin pelanggan dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, berikut adalah tawaran kami melalui perkhidmatan ‘Custom Design’

  1. Perkhidmatan kami masih kekal secara Online walaupun untuk penyediaan ‘Custom Design’. Ini bermaksud segala urusan merekabentuk, komen & ulasan, pindaan dan sebagainya akan dibuat menerusi email, sms dan juga panggilan. Kami percaya, ianya bakal memudahkan dan menjimatkan banyak MASA ramai pihak terutamanya yang berada di kawasan pedalaman bagi mendapatkan perkhidmatan kami.
  2. Kami menyediakan caj ‘flat rate’ untuk perkhidmatan ini dan bukannya caj berdasarkan peratusan  daripada anggaran kos pembinaan. Ianya bakal menjimatkan banyak WANG anda terutamanya jika anda bercadang untuk mendapatkan reka bentuk rumah yang besar.
  3. Kualiti lukisan dan reka bentuk yang dihasilkan adalah keutamaan kami. Jika anda tidak berpuas hati dengan reka bentuk yang dihasilkan, kami dengan berbesar hati akan memulangkan semula wang tempahan anda 100%. Jadi tiada risiko langsung untuk anda.

Jadi berapakah caj yang akan kami kenakan?

Setelah mengambil kira matlamat utama kami ialah untuk membantu anda, Caj yang kami kenakan bagi perkhidmatan ‘Custom Design hanyalah RM 1300 sahaja.

KENAPA CAJ YANG KAMI KENAKAN RENDAH?

Caj yang kami kenakan rendah adalah kerana:-

  1. Matlamat utama kami ialah bagi membantu anda. Walaubagaimanapun, kualiti lukisan dan reka bentuk yang dihasilkan adalah keutamaan kami
  2. Setiap urusan kami ialah 100% melalui ONLINE termasuklah urusan dengan pelanggan kami, perekabentuk dan pemasar affiliate kami. Jesteru kami dapat menjimatkan kos operasi yang mana kos ini kami kembalikan semula kepada para pelanggan kami termasuk anda melalui Diskaun.
  3. Reka bentuk yang dihasilkan walaupun melalui perkhidmatan ‘Custom Design’ akan dipamerkan di galeri reka bentuk kami bagi membantu ramai pelanggan kami yang lain.Jesteru, reka bentuk tersebut  bukan hanya digunakan oleh anda, tetapi akan memberi manfaat kepada ramai pelanggan lain yang mempunyai keperluan seperti anda. Secara tidak langsung, anda akan membantu kami bagi membantu bakal pemilik rumah yang lain bagi memiliki reka bentuk rumah idaman.

ADAKAH KAMI AKAN MENERIMA SEMUA TEMPAHAN?

Bagi menjamin kualiti reka bentuk dan perkhidmatan yang diberikan, kami TIDAK AKAN menerima semua tempahan melalui perkhidmatan ‘Custom Design’ ini. Kami akan membantu pelanggan kami yang benar-benar ‘serius’ untuk dibantu. Setiap bulan, kami telah menetapkan untuk menerima tempahan dengan kuota minimum sebanyak 10 tempahan sahaja. Jadi, siapa CEPAT dialah yang akan kami BANTU.

BAGAIMANA MAHU MEMBUAT TEMPAHAN?

Bagi mendapatkan perkhidmatan ‘Custom Design’, sila ikuti langkah-langkah MUDAH seperti berikut:-

LANGKAH 1

Sila buat pembayaran berjumlah RM 1300 ke akaun berikut:

Bank Maybank
No Akaun 164155-543369
Nama Mohd Khaida Amri Daud

Kami juga menerima pembayaran melalui kad debit/kredit.


(Sila SMS ke 013 227 0315 bagi mengetahui status kuota tempahan bulanan semasa. Jika tempahan kuota bulanan telah PENUH, tempahan anda akan dimasukkan ke kuota bulanan seterusnya. Siapa CEPAT dan ‘SERIUS’ dialah yang akan kami BANTU)

LANGKAH 2

Sila maklumkan kepada kami melalui sms ke 013 2270315 selepas pembayaran dibuat dan emailkan bukti pembayaran ke rekabentukrumah@gmail.com

 

LANGKAH 3

Pihak kami akan mengemukakan Borang Perincian Rekabentuk selepas pembayaran disahkan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Proses penyediaan lukisan akan dimulakan sebaik mendapat maklumat yang diperlukan daripada anda bermula dengan draft pelan, 3D perspektif dan sebagainnya.
Setelah anda bersetuju dengan draft, barulah pihak kami akan menyediakan pelan pembinaan lengkap dalam format AutoCAD.

“JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!

BUATLAH KEPUTUSAN YANG TEPAT SEKARANG SEBELUM KUOTA

BULANAN PENUH”

“Kami berharap agar peluang yang kami tawarkan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda. Kami mencari pelanggan yang benar-benar ‘SERIUS’ untuk kami BANTU dan menerima tawaran kami ini. Lagipun anda tidak menanggung sebarang risiko kerana setiap tempahan akan dilindungi dengan JAMINAN PULANGAN WANG 100%. Bertindaklah sekarang!”

 

 

 

Amri Daud

Pengasas

www.rekabentukrumah.com

P.S     Tawaran ‘Custom Design’ ini tidak akan kami buka untuk selama-lamanya kerana fokus utama kami ialah menjual rekabentuk daripada koleksi di galeri ONLINE kami. Jadi bertindaklah hari ini jika anda benar-benar memerlukan bantuan penyediaan pelan rumah idaman anda.

P.S        Harga yang ditawarkan juga mungkin berubah dari masa ke semasa. Rebutlah PELUANG KEEMASAN ini sementara harga yang ditawarkan masih rendah.